PROGRAM MINDA SEGAR

Pengenalan Program Minda Segar PERMATA NILAM SKMJ 2013

Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Perpustakaan salah satu daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Oleh itu murid-murid perlu mengenali dan sentiasa mendampingi pusat sumber. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai kaitan yang rapat dengan pengetahuan tentang pusat sumber berkaitan dengan Program Minda Segar. . Oleh itu, Program Minda Segar telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 2012  dengan slogan ³Mari Membaca Bersama´.Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan diseluruh warga sekolah   sepanjang tahun . Program ini telah diubah kemudiannya pada tahun ini 2013 telah dimurnikan  bagi menggalakkan minat membaca di kalangan murid-murid. . Program minda segar ini  telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan warga Sekolah Kebangsaan Matang Jaya  yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya terutamanya di kalangan warga SKMJ.

Nama Program 

’Program Minda Segar Permata Nilam’

 

 Latar belakang program

 

Program Minda Segar,  membaca bersama termasuk dalam Program Gerakan Tabiat membaca. Ia merupakan salah satu aktiviti utama Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Matang Jaya yang diurus oleh guru-guru yang telah ditugaskan setiap hari untuk mengendalikan program ini setiap pagi.

Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program  Minda Segar dan aktiviti gerakan tabiat membaca akan dilaksanakan sepanjang masa.

 Tema

 

           ”MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN SEMUA”

Matlamat

 

 Memupuk minat membaca dan cintakan buku di kalangan murid-murid.

 Objektif 

   1. Meningkatkan minat membaca di kalangan warga SKMJ terutama murid-murid.

2.  Beri pendedahan kepada warga SKMJ mengenai adanya Program Minda Segar.

3.  Memberi peluang kepada terutama murid untuk menjalankan  aktiviti-aktiviti         berkaitan  dengan perbukuan.

4.  Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis buku tersohor dan menjadikan  penulis tersebut

sebagai model.

Kumpulan Sasaran

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Matang Jaya terutama murid-murid SKMJ

 Perlaksanaa

1.Masa –Bermula jam 6.40 pagi hingga 7.10  pagi

(* atau sebaik sahaja murid dihantar oleh ibu bapa)

2. Tempat – Dewan Legar PIBG Square

3.  Jangkamasa – 5 hari seminggu sepanjang tahun

4. Aktiviti – membaca bersama rakan-rakan sekelas

Tarikh perlaksanaan

09  Januari hingga November 2013

Strategi perlaksanaan

 1.     Murid-murid yang hadir ke sekolah setiap hari hendaklah terus berada di Dewan Legar PIBG Square SKMJ bersama-  sama beg sekolah masing-masing.

2.     Murid dikehendaki duduk sebaris mengikut kedudukan kelas dan dikehendaki membawa buku cerita sendiri dari rumah,dipinjam di Pusat Sumber Sekolah atau bertukar-tukar buku dengan kawan sendiri semasa aktiviti membaca diadakan.

3.     Setelah buku dibaca sinopsis cerita hendaklah ditulis dalam Buku Nilam.

4.     Semua murid mesti memiliki buku cerita dan Buku Nilam semasa aktiviti membaca dijalankan. Ibu bapa digalak membantu anak mereka masing-masing mengisi buku nilam. Buku nilam mesti dihantar sebulan sekali kepada guru pss untuk direkod dan ditandatangan.Guru Pusat Sumber akan mengenalpasti murid-murid yang menghantar Buku Nilam yang telah ditandatangan untuk menerima Anugerah Pembaca Nilam Tahap 1 dan Tahap 2 setiap bulan bermula dengan Bulan Januari sehingga November.Hadiah merupakan sijil dan barangan alat tulis/buku cerita.

5.     Guru-guru yang bertugas akan memantau semua murid-murid di dewan dan akan memilih sesiapa sahaja di kalangan murid-murid Tahap 1 atau Tahap 2 untuk naik ke pentas untuk menceritakan secara ringkas buku yang telah dibaca.

6.     Tepat jam 7.10 loceng berbunyi dan nyanyian lagu negaraku dan lagu sekolah akan dimulakan dan murid-murid kembali ke kelas mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

7.     Murid yang banyak membaca buku akan menerima Anugerah Permata Nilam Tahap 1 dan Tahap 2 pada Majlis Anugerah Cemerlang.Murid-murid yang memenangi anugerah ini akan secara automatik akan mewakili sekolah dalam Anugerah Nilam peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

8.     Butiran Tahap jauhari Program Nilam Sekolah. Berdasarkan kadar bacaan tersebut setelah tamat persekolahan sekolah rendah.Murid diberi ganjaran atau pengiktirafan sejajar dengan tahap pencapaian mereka.Pengiktirafan ini dicatatkan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, sijil  Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah.

Pengiktirafan ini boleh digunakan sebagai  kriteria pemilihan ke sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kawalan, Kelas Ekspres atau temuduga untuk penajaan. Cadangan pengiktirafan adalah seperti berikut dengan mengambil kira kemampuan purata murid setelah bersekolah selama enam tahun di sekolah rendah.

 

Bilangan Buku Dibaca                                              Pengiktifan (Ganjaran)

 

90-179                                                                                      GANGSA

180-269                                                                                   PERAK

270-359                                                                                   EMAS

360 KE ATAS                                                                        NILAM

 

Puan Lee Siew Chien-Penyelaras Minda Segar / Ustazah Hajijah bt Hj Minan / Ustazah  Ruhaila bt Abu Bakar/ Ustazah Juenieta bt Borhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: