Cerita Rakyat Asal Usul-Keluang menggantung Diri

Keluang Menggantung Diri

Pada satu musim buah-buahan,burung-burung bergaduh kerana terdapat burung yang makan buah putik.Mereka pun mengadakan mesyuarat namun mereka tidak dapat mencapai kata sepakat. Kemudian, Sang Kelengkeng memberi cadangan kawan-kawannya memilih warna bunga masing-masing. Kemudian datanglah Sang Keluang dan Sang Kelawar  mahu tiga warna bunga. Burung-burung lain benci dengan sikap mereka yang gelojoh. Apabila waktu bunga-bunga mereka masak,Sang Keluang dan Sang Kelawar terkejut kerana semua bunga mereka buahnya keras. Sang Keluang dan Sang Kelawar berasa malu kerana bersikap gelojoh. Sejak hari itu,Sang Keluang dan Sang Kelawar menghukum diri dengan menggantung diri mereka di dahan pokok dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah. Mereka hanya keluar pada waktu malam untuk memakan buah kerana malu dengan kawan-kawan mereka.

 Asal-usul Kucing

Seorang pertapa yang mempunyai kuasa sakti bernama Ki Empu Cingi tinggal di hutan. Dia sayang akan binatang dan tidak pernah makan haiwan malah bersahabat baik dengan mereka.Dia hanya makan buah-buahan dan pucuk tumbuhan.Dia menyuruh agar semua binatang tidak bergaduh dan hidup dalam keadaan aman.Satu hari,buah-buahan di tempat Ki Empu Cingi tinggal,semakin berkurangan. Sebelum pergi ke pergi ke hutan seberang,dia memberi pesanan kepada harimau,singa dan kancil agar menjaga hutan dan semua binatang lain.Namun demikian,berlaku perselisihan faham antara kancil dan harimau. Singa menasihatkan harimau namun harimau tidak  mengendahkan Singa. Harimau mencakar kancil sehingga kancil mati. Apabila diberitahu kepada Ki Empu Cingi,dia berasa sangat marah dan menghukum karimau menjadi badan sebesar kancil. Namanya ditukar kepada kucing bersempena nama Ki Empu Cingi.

One response to this post.

  1. t. kasih Cg Zaiton. Saya sangat menghargainya. Saya GPM SK Keluang. Cg Norlaily.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: