Mengapa Kelawar Terbang Malam

 Mengapa Kelawar Terbang Malam

Dalam sebuah hutan, ada seekor kelawar yang sangat suka mengasingkan diri. Ia tidak mahu bergaul dengan binatang lain.Setelah beberapa lama mengasingkan diri, kelawar terasa sunyi. Ia keluar kerana mahu mencari kawan.

” Kalau begitu, lebih baik aku masuk kumpulan binatang darat. Aku pun bukannya tinggal di udara,” kata kelawar sendirian. Ia pun berjumpa dengan ketua binatang darat iaitu Sang Gajah.

” Tuan hamba boleh menjadi ahli kumpulan kami, tetapi mesti bersedia membantu kami sekiranya kami di timpa sebarang kesusahan,” kata Sang Gajah. Kelawar bersetuju dengan syarat itu. Pada masa itu binatang yang terbang berperang dengan binatang yang berjalan di bumi.

Kelawar membantu binatang darat. Berkat kesungguhannya, akhirnya kumpulan binatang darat pun menang dalam berperang. Beberapa hari kemudian, terjadilah pergaduhan yang serupa. Namun, kelawar telah berubah hati.

Ia pun telah berjumpa dengan ketua kumpulan binatang udara, Sang Helang. Sang Helang pn bersetuju untuk memenuhi permintaan kelawar. Akhirnya kumpulan binatang udara pun telah menang. Kelawar sungguh bangga menerima segala puji-pujian.

Pada suatu hari, kelawar berasa sangat sunyi dan teringat akan kawannya dalam kumpulan binatang darat. Ia pun lalu bertemu dengan Sang Gajah kerana mahu bermain-main dengan ahli kumpulannya. malangnya Sang Gajah tidak mengizinkan kelawar bermain dengan ahli kumpulannya.

Kelawar berasa sangat sedih kerana tiada lagi tempat untuk mengadu. Ia pun kembali semula tnggal di dalam gua. Ia berasa malu untuk menunjukkan dirinya lagi. Kelawar telah mengambil keputusan untuk keluar pada waktu malam sahaja. Sejak hari itu, kelawar akan keluar dan mencari makanan di waktu malam sahaja.

kredit: buku himpunan 366 cerita rakyat malaysia , terbitan utusan publication.

Leave a comment