PELANCARAN PROGRAM 8S

This slideshow requires JavaScript.

PROGRAM SALAM, SENYUM, SAPA, SOPAN, SAYANG, SEGAK, SEGERA, SENSITIF (8S)

 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SK MATANG JAYA

  Pengenalan

Program 8S (Salam, Senyum, Sapa, Sopan, Sayang, Segak, Segera, Sensitif) akan diadakan bagi membentuk peribadi murid-murid sekolah ini agar lebih menghormati guru, kakitangan sekolah, pelawat dan para murid itu sendiri. Secara langsung program ini juga dapat memupuk budi pekerti dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid selaras dengan kehendak kerajaan yang mahupun budi bahasa diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.

Sejajar dengan hasrat tersebut, kerajaan telah mewujudkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang disiarkan di dalam media cetak dan media elektronik. Oleh itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Program 8S ini adalah bertujuan untuk menyuburkan lagi hasrat murni kerajaan dan diadakan di peringkat sekolah. Malah program ini juga dapat mendidik murid-murid supaya mewujudkan sikap bersopan santun, ramah mesra dan sedia menolong di antara satu sama lain. Selain itu, program 8S juga dapat mengeratkan silaturrahim antara murid-murid, guru-guru, kakitangan sekolah dan masyarakat amnya.

 2.      Tarikh Program : Bermula 28 Januari 2013

3.      Tempat      : SK Matang Jaya

4.      Kumpulan Sasaran

Semua murid-murid SK Matang Jaya

5.      Objektif

5.1    Agar murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri khususnya untuk warga sekolah dan masyarakat luar.

5.2    Mendidik murid-murid agar berbudi bahasa , bersopan-santun, tolong-menolong dan menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan.

5.3    Agar murid-murid merasa dihargai kerana murid-murid yang mengamalkan 8S akan diberi ganjaran.

5.4    Agar murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan seharian.

5.5    Memberi galakan kepada murid-murid untuk berusaha mempraktikkan nilai-nilai murni di peringkat sekolah lagi.

6.      Kaedah Pelaksanaan

6.1    Setiap murid diminta membeli kad 8S di kiosk sekolah.

6.2    Sekiranya murid-murid didapati mengamalkan 8S, murid-murid akan mendapat tanda tangan guru-guru dalam kad 8S.

6.3    Murid-murid yang mendapat paling banyak tanda tangan guru-guru akan mendapat ganjaran berbentuk hadiah daripada pihak sekolah

7.      Pengisian Program Pelancaran

8.00 pagi          : Taklimat daripada Penyelaras Program

: Ucapan Guru Besar

: Pelancaran dan perasmian Program 8S oleh Guru Besar

: Murid-murid menyanyikan lagu “Terima Kasih Malaysia

8.      Kaedah Pelaksanaan

Pemantauan sepanjang masa oleh guru-guru

9.      Ahli Jawatankuasa Program 8S

Penasihat           : Encik Sharkawi bin Annuar (Guru Besar)

Pengerusi          : Puan Rohana bt Muhammad (PK1)

: Puan Naimah bt Matarang (PK HEM)

: EnciK Awang Basuandi bin Awg Ahmad (PKKK)

Penyelaras       : Puan Hjh. Zuriyana bt Mohd Nawi (GBKSR)

: Puan Halimah bt Ahmat Dawi (GBKSR)

Setiausaha        : Puan Emma Shahira Abdullah

Bendahari         : Ustaz Bustarie b. Hambali

AJK                 : Semua guru-guru SK Matang Jaya

10.  Anggaran Perbelanjaan Program 8S

10.1          Kain rentang :RM200

11.  Penutup

Di harap program ini dapat memberikan kesedaran kepada murid-murid untuk sentiasa mengamalkan sahsiah terpuji dan berbudi bahasa. Selain itu, semoga program ini dapat menyemai sikap ramah mesra dalam kalangan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah.

Disediakan oleh :

Puan Hjh.Zuriyana bt Mohd Nawi (GBKSR)

Puan Halimah bt Ahmat Dawi (GBKSR)

2 responses to this post.

  1. Posted by Rohanah Bt. Hj. Muhammad on February 1, 2013 at 8:05 pm

    SEMOGA PROGRAM J IWA MURNI INI DAPAT MENGHASIL PERMATA GEMILANG PERMATA PESONA YANG DIBANGGAKAN . INSYAALLAH..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: