RASAILAH KEMANISAN IMAN

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“Tiga perkara, jika terdapat dalam diri seseorang akan mendapat kemanisan iman : Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang kerana Allah, dan tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, murid-murid sekalian,untuk merasa kemanisan iman anda hendaklah  :

1.Cinta Allah dan Rasul melebihi cinta anda terhadap makhluk lain di dunia ini.Terdapat murid yang bercinta , keluar dengan temu janji sampai tidak solat. Ini telah membelakangi Allah dan rasulnya.

2. Cinta kepada seseorang hanya kerana Allah , bukan kerana seseorang itu kaya atau cerdik, cantik , kacak dan sebagainya.Orang yang cinta kepada seseorang itu kerana Allah akan melakukan aktiviti yang tidak menyalahi ajaran agama,

3. Tidak mahu kembali kepada kekafiran sepertimana tidak mahu dimasukkan ke neraka.Terdapat murid pada hari ini yang begitu mudah menukar agama.Perbuatan ini akan menyebabkan mereka akan dihumbankan ke neraka untuk selamanya: tiada peluang sebesar zarah pun untuk ke syurga.Terdapat juga murid yang suka menyertai kumpulan yang mengamalkan ajaran membakar Quran, memuja syaitan dan sebagainya.

( Ustazah Juenieta bt Borhan  ) PSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: