NASIHATILAH BIARPUN PAHIT

Terdapat seorang peajar yang berasal dari Andalusia bernama al-Ghasi bin Qais, beliau datang ke Madinah untuk menimba ilmu daripada para ulama di kota ini.Sebelum ini ,beliau sering mendengar kehebatan ulama Madinah, namun belum pernah berjumpa dengan mereka. Pada suatu hari ketika sedang duduk di Masjid Nabawi di Madinah , al-Ghazi melihat seorang lelaki masuk ke dalam masjid.Lelaki itu terus duduk tanpa menunaikan solat sunat tahiyatul terlebih dahulu. Al -Ghazi segera menegur lelaki tersebut :”Wahai lelaki, bangkit dan solatlah dua rakaat.Duduk dalam masjid tanpa melakukan solat tahiyatul masjid adalah petanda bahawa engkau orang yang jahil dengan hukum agama.” Nasihat ini dilihat cukup kasar.namun begitu orang yang dinasihati itu tidak berkata apa-apa.Beliau hanya bangkit lalu melakukan solat seperti yang disuruh .Selesai solat, beliau duduk bersandar di sebuah tiang masjid.

Tidak lama kemudian, al-Ghasi melihat para pelajar mula memasuki masjid.Anehnya, seorang demi seorang duduk mengelilingi lelaki yang ditegurnya tadi sehingga terbentuk satu kumpulan yang cukup besar. Al-Ghazi tertanya-tanya ,siapakah lelaki ini sebenarnya? Lalu beliau mendekati  seorang murid lalu bertanya kepadanya: “Siapakah orang ini?” Murid tersebut menjawab : Dia Ibn Abi Zi’b . Beliau seorang imam pakar fiqah dan tokoh ulama yang dihormati di Madinah.” Al-Ghazi  bagai disambar petir. Beliau  berasa sangat malu kerana baru sahaja mencela seorang ulama yang dihormati di Madinah.Lantas , beliau segera mendatangi Ibn Abi Zi’b dan meminta maaf kepadanya.

Namun ,apa respons ulama besar ini? Beliau hanya berkata : Wahai saudaraku,engkau tidak salah .Engkau hanya menyuruhku melakukan  kebaikan, lalu aku mematuhi perintahmu.” (Al-Hafiz Ibn ‘ Abd al-Bar, al-Tamhid Sharh al-Muwatta’)

Tanda Cinta– Ibn Abi Zi’b dalam kisah di atas adalah panggilan untuk Imam Muhammad bin Abd Rahman al-Qurashi.Beliau hidup sezaman dengan Iman Malik bin Anas.Ramai ulama yang berpendapat bahawa beliau lebih alim daripada Imam Malik, antaranya Imam Ahmad yang berkata : “Ibn Ani Zi’b sangat dipercayai dan sangat jujur.Beliau lebih utama daripada malik bin Anas.”

Apabila kita melihat orang yang memberi nasihat, mungkin kita akan berat menerimanya.Mengapa? Kerana beliau melihat isi kandungan nasihat tersebut ,bukannya kepada orang yang memberi nasihat atau cara nasihat disampaikan.Apabila kita melihat orang memberi nasihat mungkin kita akan berat menerimanya.Begitu juga jika kita melihat cara nasihat itu disampaikan.Namun jika kita melihat kepada inti pati nasihat, kita pasti bertuah kerana nasihat itu menyedarkan kelemahan dan kebaikan diri kita lalu mendorong kita untuk menutupinya. Oleh sebab itu, kita tidak pernah berasa cukup daripada nasihat.Semakin banyak nasihat mereka dengar semakin gembira hati mereka malah bagi mereka nasihat merupakan tanda cinta yang dipersembahkan seorang saudara kepada saudaranya.Para ulama berkata : ” Orang yang paling mencintaimu ialah orang yang selalu menasihatimu.” Al-Hasan al-Basri . Ingatlah,sesiapa jua yang hendak memberi nasihat mestilah berhemah.Kita  mesti sedar bahawa nasihat itu sangat berat,Oleh sebab itu ,jangan diberatkan lagi dengan kata-kata kasar atau cara yang biadap.Hindarilah sikap kasar al-Ghazi bin Qais.Jadilah orang yang memiliki kejernihan hati seperti Ibn Abi Zi’b.Sesetengah orang berbangga dengan sikapnya yang suka berterus-terang.Dia hanya ingin menyampaikan kebenaran tanpa mengendahkan perasaan orang lain. Menurutnya, sikap itu selari dengan sunnah.

Fahaman seperti ini sebenarnya terdapat kekeliruan.Hakikatnya Rasulullah tidak pernah berkasar dalam memberi nasihat.Baginda tidak pernah menyalahkan seseorang di hadapannya, apatah lagi di hadapan khalayak ramai. Apabila hendak membetulkan sesuatu, baginda menyampaikan perkara tersebut tanpa menyebut nama sehingga tidak menjatuhkan maruah orang lain.

Iman al-Tarmizi meriwayatkan: ” Pada suatu hari, seseorang hadir di majlis Nabi s.a.w. dengan kesan minyak wangi berwarna kuning di bajunya.Pada zaman tersebut, minyak wangi seperti ini hanyalah dipakai oleh wanita.Baginda hanya berdiam diri kerana tidak mahu berkata buruk di hadapan orang ramai.

Selepas orang tersebut pergi Rasulullah bersabda kepada para sahabat yang bermaksud : Beritahukanlah kepada para sahabat yang bermaksud : ” Beritahukanlah kepada orang itu agar dia menghilangkan kesan kuning di bajunya.” (Al-Shama’il al-Muhammadiyah). Semoga kita diberi kekuatan untuk mencontohi akhlak mulia Nabi Muhammad S.a.w. Amin ya Rab al-‘alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: