ARTIKEL TERKINI

Skuter Eletrik Yang Boleh Dilipat Menjadi Beg

skuter elektrik

Kadang-kadang masalah yang sering timbul apabila membawa kenderaan sendiri tak kira kereta mahupun motorsikal adalah masalah parking, terutamanya di bandar-bandar besar.

Kalau yang bawak motor tu mungkin boleh sumbat masuk parking di mana-mana tapi kalau kena saman tu, sendiri mahu ingatlah, haha. Disebabkan masalah parking ini, satu kumpulan non-profit, Arto telah mereka Moveo, sebuah skuter elektrik yang bukan sahaja kecil dan ringan, malahan ianya boleh dilipat seperti beg bagasi yang boleh ditarik menggunakan roda.

Skuter yang mempunyai berat kira-kira 24 kilogram ini mempunyai kelajuan 45 kilometer sejam dan kuasa bateri yang mampu bertahan sepanjang 35 kilometer perjalanan. Kalau nak dibawa masuk highway tu memang sangat tidak sesuailah, tapi ianya sesuai bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar yang ingin ke tempat kerja mahupun student universiti yang ingin ke kuliah dari kolej kediaman.

Skuter yang ditunjukkan di sini hanyalah prototaip namun Arto, syarikat yang bertanggungjawab mereka design skuter eletrik ini menyasarkan pengeluaran sebanyak 4,000 buah setiap tahun sebaik sahaja dana berjaya dikumpul. Harganya pula bermula dari 3,600 hingga 4,600 US Dollar.

skuter-dilipat-menjadi-beg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: