KEM BESTARI SOLAT SKMJ

Semasa di dalam slot LDK, peserta kem diberikan penerangan tentang niat wuduk dan anggota wuduk dengan lebih terperinci lagi oleh fasilitator kumpulan masing-masing. Selepas itu,peserta dibenarkan rehat selama 15 minit untuk makan dan minum yang dibekalkan oleh ibu bapa peserta. Selesai rehat,peserta kembali ke LDK seterusnya iaitu slot amali wuduk.Peserta dibawa oleh fasilitator ke bilik wuduk untuk menjalankan amali wuduk.

LDK seterusnya ialah slot pengukuhan.Di dalam slot ini,fasilitator menambahbaik agar penerangan dan amali yang dijalankan lebih sempurna. Akhir sekali,penilaian dijalankan dan setiap penilaian ini dicatat dalam Buku Rekod Kem Bestari Solat.Bagi memberi penghargaan kepada peserta,hadiah turut diberikan kepada lima peserta yang terbaik.

Peserta bersurai pada lewat jam tengahari.

LAPORAN DIBUAT OLEH USTAZAH SITI RUHAILA BT ABU BAKAR

This slideshow requires JavaScript.

 

Leave a comment