Bergelap sejam tanda sokong Kempen Earth Hour

Beberapa mercu tanda di ibu negara, universiti, premis perniagaan dan syarikat korporat, pusat beli-belah termasuk stesen pengangkutan awam utama akan bergelap selama sejam malam ini sebagai tanda sokongan Kempen Earth Hour 2011.

Ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Menara Berkembar Petronas, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Plaza Alam Sentral, Sunway Giza Mall (Dataran Sunway Damansara), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai kempen menyelamatkan dunia daripada pemanasan global ini.

 Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim. Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia disertai 50 juta masyarakat di 35 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, menerusi kenyataannya menjelaskan program Earth Hour sebenarnya lebih dari hanya aktiviti memadamkan lampu selama 60 minit.

“Bijak menguruskan tenaga di rumah adalah semudah memadamkan apa saja peralatan elektrik yang tidak diperlukan, selain bertukar kepada mentol dan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga dan menetapkan suhu pendingin hawa pada bacaan di antara 22 hingga 26 darjah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Pegawai Esekutif MRCB, Mohamed Razeek Hussain, berkata sebagai syarikat pemaju hartanah seperti Stesen Sentral dan Alam Sentral pihaknya bukan saja bertanggungjawab meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global tetapi memainkan peranan lebih proaktif dalam penerapan elemen yang boleh diguna secara berterusan dalam pembangunan hartanah.

“Sejak 2009 iaitu tahun pertama Earth Hour diraikan, MRCB sudah mula menerapkan elemen hijau dalam pembinaan projeknya dengan aplikasi mengikut standard pensijilan antarabangsa. Kami juga menggalakkan warga kerja MRCB untuk menyebarkan mesej sejagat ini secara lebih dekat lagi kepada anak-anak, rakan taulan dan saudara mara dalam usaha mewariskan sebuah dunia yang indah kepada generasi mendatang.
Pihak Maybank pula akan memadamkan lampu di bangunan Menara dan Dataran Maybank serta semua pejabatnya di seluruh dunia sepanjang tempoh sejam berkenaan.

Program sama mendapat sokongan Komuniti Kota Damansara, Selangor, yang akan berkumpul di ruang legar Sunway Giza Dataran Sunway untuk bergelap bersama jam 8.30 malam ini.

Aktiviti yang dicetuskan kumpulan pelajar berusia 15 tahun ini adalah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Local Agenda 21, Businesses of Kota Damansara dan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya.

Pada peringkat pusat pengajian tinggi awam, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Pelajar Antarabangsa juga UPM, akan berkumpul di Kompleks Mahasiswa jam 8 malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: