MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA 2013 DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK..

TARIKH     : 23 APRIL 2013 (SELASA)  JAM : 0830-11.00 PAGI

TEMPAT   : AUDITORIUM, PUSTAKA NEGERI SARAWAK.

UCAPAN ALU-ALUAN DARI YANG BERUSAHA ENCIK JAPRI BUJANG MASLI, PEMANGKU KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ,PUSTAKA NEGERI SARAWAK . ANTARA PETIKAN UCAPAN BELIAU :

Beliau menyatakan bahawa fungsi buku amat penting kerana ianya satu kaedah untuk mengumpul pengetahuan daripada pemikir-pemikir besar untuk dijadikan contoh sebab pandangan dan pemikiran mereka ini kemudian dibukukan  dan sudah pasti akan menjadi rujukan oleh pakar-pakar sekarang untuk menyelesaikan banyak perkara.Kita perlu membaca buku sebanyak yang boleh untuk melonjak dan memakmurkan diri bukan untuk bergaduh tentang perkara-perkara yang negatif. Kenapa perkara negatif seringkali berlaku? Ini disebabkan kurangnya pengetahuan terhadap satu pendekatan. Menyemai cinta buku yang  bukan sahaja dalam bentuk buku tetapi juga boleh diperolehi dalam bentuk digital dan bercetak.Semangat cinta buku harus diamalkan seramai mungkin oleh semua manusia ,Pustaka negeri Sarawak sebagai cont0hnya mempermodalkan harta-harta intelek   yang sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan koleksi untuk orang ramai.Beliau juga menjelaskan bahawa sebanyak 196,000 buah buku terdapat di Pustaka Negeri Sarawak untuk menjadi bahan bacaan malangnya, pada pandangan beliau  buku-buku ini tidak akan memberikan apa-apa manfaat kalau tidak dibaca .Budaya membaca bukan sukar tetapi menyeronokkan . Umpama setiap buku ada pembacanya dan setiap pembaca ada bukunya.Membaca merupakan satu hiburan yang menyeronokkan dan tanpa kita sedar melalui membaca kita akan menguasai ilmu dan atas sebab inilah Pustaka Negeri Sarawak memanjangkan apa yang perlu dikongsikan iaitu menyediakan sebanyak 30 pangkalan data yang bernilai hampir 10 juta ringgit. Belajar sepanjang hayat menjadi buah bicara dan jika kita ingin kaya dan maju dari segi ekonomi kita peroleh pengetahuan dengan membaca.Pastikan kita menjadi manusia yang mempunyai pengetahuan dengan membaca kerana dengan ini kita dapat mencapai wawasan murni yang ingin kita capai melalui aktiviti-sktiviti keilmuan yang melibatkan buku. Negara maju yang kita impikan akan tinggal impian sekiranya kita menjadi rakyat yang malas membaca.

UCAPAN PERASMIAN ,YBhg.PROF.Dr.ABDUL RAHMAN DEEN, AHLI LEMBAGA PENGURUSAN PUSTAKA NEGERI SARAWAK .

Antara petikan ucapan beliau menyatakan bahawa tarikh 23 April 2013 adalah tarikh yang dinobatkan oleh UNESCO yang menjadi simbolik kepada dua perkara iaitu Penulisan dan Kesusasteraan.Tarikh ini merupakan hari pengiktirafan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia bagi mempromosikan budaya membaca , penerbitan dan juga menghormati hakcipta.Berasal dari tradisi satu bangsa yang menjadi satu lagenda di mana pasangan yang bercinta akan bertukar-tukar hadiah dan pada tahun1923 pemberian bunga mawar itu telah ditukar kepada pemberian buku sebagai tanda kasih sayang.Setiap tahun 100 buah negara telah terlibat dalam sambutan ini.Beliau juga menjelaskan bahawa di Sarawak sambutan ini dapat menyediakan rakyat untuk menyedari pentingnya buku dalam kehidupan.Akhirnya beliau menjelaskan bahawa amalan membaca dapat memperkayakan minda dan keperibadian.

This slideshow requires JavaScript.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: