Latihan Dalam Perkhidmatan- Bengkel Mendorong Pelajar Kelas Corot Mengikut Sunnah Nabi.

Tarikh : 27 April 2013 (Sabtu) Jam 8.00 pagi-9.00 pagi

Penyampai    : Ustaz Ahmad Fauzi bin Abdul Rahman

Huraian Tajuk – Teknik Mencipta Hukuman

Pengenalan :Bahagian ini menerangkan prinsip dan teknik memberi ganjaran cara Nabi Muhammad.

Dalam latihan ini peserta akan belajar cara mencipta hukuman yang efektif mengubah tingkah laku pelajar.

Hadith Rujukan : Anas bin Malik adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad.Beliau melaporkan suatu peristiwa yang pernah beliau saksikan .Menurutnya pernah berlaku pada suatu masa dua orang lelaki bersin dekat dengan Nabi Muhammad.

Teknik Nabi : Nabi Muhammad berdoa untuk salah seorang daripada mereka berdua dengan ucapan , ‘Yarhamukallah’.Manakal yang seorang lagi pula bersin tetapi tidak disoakan oleh Nabi Muhammad.Lelaki itu tidak puas hati lalu berkata, “Mengapakah apabila si polan bersin, tuan mendoakannya , namun apabila saya bersin, tuan tidak mendoakan saya?”

Tindakan Nabi : Beliau menjawab, ‘Selepas bersin, dia membaca Alhamdulilah, sedangkan saudara tidak membaca Alhamdulilah’.

Prinsip dan Teknik : Daripada catatan peristiwa di atas, dapat disedut prinsip dan teknik bagaimana Nabi Muhammad memberi ganjaran di atas sesuatu pekerjaan.

Prinsip :

1. Ganjaran diberi apabila kerja di buat dengan betul.

2. Kerja yang diluar dengan teknik yang salah tidak diberi ganjaran.

3. Apabila kerja itu dilakukan secara terbuka maka ganjaran diberi secara terbuka.

4.Orang yang melakukan kerja dengan teknik yang salah tidak dikritik.

Teknik  :

1. Lelaki yang pertama bersih dan dia menyebut Alhamdulilah.Disebabkan dia melakukan kerja itu dengan betul,Nabi Muhammad memberikan ganjaran kepadanya.Ganjaran itu adalah doa.

2. Lelaki kedua membuat kerja dengan teknik yang salah.Dia bersin tetapi dia tidak menyebut Alhamdulilah.

3. Lelaki itu bersin ditempat terbuka juga, yakni diketahui oleh orang-orang lain.Dalam peristiwa ini Nabi Muhammad mendoakan lelaki itu dengan suara yang jelas dapat didengari oleh orang lain yang kebetulan ada di situ.

4.Dalam peristiwa di atas, Nabi Muhammad tidak menegur kesalahan lelaki yang bersin yang tidak menyebut Alhamdulilah.Nabi Muhammad cuma tidak memberi ganjaran iaitu beliau tidak mendoakan lelaki itu.

Bukan Teknik Nabi Muhammad 

Daripada catatan peristiwa di atas, berikut adalah perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad apabila memberi ganjaran.

1. Nabi Muhammad tidak memarahi orang yang tidak puas hati itu dengan berkata, “Kenapa awak cemburu?”

2.Nabi Muhammad tidak menasihati orang yang tidak puas hati itu dengan berkata,”Kalau awak hendak saya doakan awak, awak kenalah perbaiki cara kerja awak.”

3. Nabi Muhammad tidak membandingkan orang tidak puas hati itu dengan orang yang dapat ganjaran dengan berkata,” Lain kali awak kenalah buat kerja elok-elok macam Si Fulan, barulah saya ber awak ganjaran macam dia juga”

4.Nabi Muhammad tidak mengkritik orang yang tidak puas hati itu dengan berkata, “Sikap awak itu tidak betul.Awak hendak saya beri ganjaran, tetapi kerja awak tidak semenggah!”

DSCF1277

DSCF1278

DSCF1279

DSCF1280

DSCF1281

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: