Latihan Dalam Perkhidmatan-Bengkel Mendorong Pelajar kelas Corot- Penyampai Ustaz Bustarie bin Hambali

Tarikh    : 27 April 2013 (Sabtu) Jam : 9.30 hingga jam Jam 9.50 pagi

TAJUK ; TEKNIK MENYELESAIKAN MASALAH PELAJAR

Pengenalan  :

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan strategi dan prosedur bagaimana Nabi Muhammad mendorong perubahan akhlak,sikap dan tingkah laku seorang pemuda yang sudah menyedari kesalahannya. Fokus kaunseling Nabi Muhammad dan bukan juga cuba memehami masalah kaunselee.Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang kesalahan yang dilakukan oleh kaunselee.Jelas perbezaan kaunseling cara Nabi Muhammad adalah bertentangan dengan prosedur kaunseling ciptaan ahli-ahli psikologi.

Hadith Rujukan.

Pada suatu hari , ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi Muhammad .Dia berkata, ” Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota.Saya sudah buat semuanya,kecuali bersetubuh dengannya.Sekarang saya datang ke hadapan paduka tuan maka hukumlah saya sebagaimana yang paduka tuan mahu.”

Umar bin Khattab memarahi lelaki itu, katanya,”Allah menutup kesalahan kamu jikalau kamu menutup kesalahan kamu sendiri!”Mendengar kata-kata Umar itu, Nabi Muhammad tidak berkata apa-apa.

Kemudian lelaki itu pergi.Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula .Beliau kemudiannya membacakan kepada lelaki itu ayat ini.”Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang dan kemudian bahagian  permulaan daripada malam.Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan butuk.Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”

Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya , “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?”

Nabi Muhammad menjawab , “untuk semua orang.”

Prinsip  : Daripada hadith ini didapati bahawa prinsip menyelesaikan masalah individu ialah:

1. Apabila ada kesalahan dilakukan, punca-punca kesalahn itu tidak disiasat.

2.Tidak bertanya “mengapa” kepada pesalah

3.Tumpukan kepada memberikan jalan penyelesaian masalah.

4.Tidak menghukum orang yang melakukan kesalahan yang Allah tiada menyediakan hukumannya di dunia, seperti kesalahan bercumbu-cumbu.

Aplikasi Hadith :

1. Teknik-teknik dalam hadith ini sesuai digunakan kepada orang yang pernah melakukan kesalahan akhlak, seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

2. Penggunaan teknik-teknik dalam hadith ini mempunyai kuasa mendorong orang yang pernah melakukan dosa supaya memberhentikan perbuatannya.

3.Prinsip yang paling penting dalam hadith ini adalah tidak menyiasat mengapa orang itu melakukan dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

Teknik Menaikkan Self-esteem.

Pengenalan   : Jawatan adalah sumber self-esteem yang sangat efektif.Contoh jawatan yang dapat diberikan kepada pelajar adalah “penolong guru”.

* Penolong Guru Matematik

* Penolong Guru Membaca

DSCF1287

DSCF1288

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: