AKTIVITI KUTIPAN BULANAN PENGASINGAN BAHAN TERBUANG UNTUK DIKITAR SEMULA.

KUTIPAN BAHAN KITAR SEMULA OLEH PIHAK TRIENEKENS

           Sebagai pengenalan bagi program ini  sekitar tahun 2011 telah mencatatkan perkembangan positif dalam pengurusan sisa pepejal negara, khususnya dalam usaha meningkatkan penglibatan awam untuk mengurangkan penghasilan sisa. Ketika ini, jumlah penghasilan sisa di Malaysia ialah sebanyak 1.8 juta tan setahun. Ini bermakna, secara puratanya, setiap penduduk di negara ini menghasilkan 1.3kg sampah sehari atau 462kg setahun.Ekoran daripada statistik ini maka pelbagai program kesedaran telah diadakan terutama sekali tumpuan kepada kesedaran di kalangan murid-murid sekolah.

Kesinambungan daripada itu maka Jumaat, 3  Mei 2013 yang lalu , pihak Trienekens telah datang ke SK Matang Jaya untuk  membeli barangan yang boleh dikitar semula daripada murid-murid sekolah ini. Setiap   kelas akan mengumpul serta  bahan yang boleh dikitar semula   kepada pihak  Trienekens.Antara barang yang dikumpul adalah botol plastik , kertas surat khabar, majalah lama, dan  tin aluminium. Kelas yang mengumpul bahan kitar semula yang paling berat timbangannya akan diberikan hadiah.

Kerjasama bersama dengan pihak Trienkens ini telah  bermula semenjak tahun 2012 lagi. Puan Naimah Hj Matarang selaku   Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk  Matang Jaya telah menjadikan program ini sebagai salah satu program untuk mendidik murid-murid mempraktikkan  pentingnya kebersihan menjadi sebahagian daripada budaya bangsa Malaysia. Untuk mencapai tujuan ini, didikan dan semaian nilai yang baik berkenaan dengan kebersihan dan keindahan perlu dibuat oleh ibu bapa di rumah dan diajar oleh  guru-guru di sekolah . Didikan dan asuhan hendaklah dibuat sepanjang masa sehingga rakyat Malaysia memandang jijik sebarang kekotoran dan amalan yang kotor. Guru kelas merupakan tulang belakang  bagi menjayakan program ini. Semua  guru telah berjaya menerapkan budaya kitar semula kepada murid di sekolah ini. Diharapkan usaha sama bersama dengan pihak Trinekens ini  dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Kesimpulannya, usaha-usaha baharu ini amat baik dan wajar mendapat sokongan pelbagai pihak. Malah, sebaiknya usaha-usaha ini dilaksanakan sekerap yang mungkin. Dalam kalangan masyarakat pula, ada yang risau dan tidak pasti bagaimana usaha baharu ini akan mempengaruhi hidup mereka. Dalam masa yang sama, bagi ahli masyarakat yang prihatin dan mempunyai pengetahuan tentang kepentingan menjaga alam ini, pastinya mereka amat teruja dengan usaha-usaha yang disebut tadi. Malah, usaha-usaha itu dianggap memberi sinar baharu dalam usaha menjaga dan memelihara alam sekitar yang dicintai ini. Apa pun, “alah bisa, tegal biasa.” Dengan kata lain, memang akan wujud kesukaran dalam apa-apa usaha pun, tidak terkecuali usaha-usaha memelihara alam ini. Oleh itu, apa kata kita cuba dahulu dan lihat hasilnya. Sayangilah bumi kita.

Disediakan oleh : Ustazah  Durah Hj Ghazali  ( Setiausaha HEM SKMJ 2013)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: