ARTIKEL : CUTI

CUTI ? Inilah saat dan ketika yang cukup dinanti. . Sudah tentu saat ini bila cuti menjelma  kita  memikirkan aktiviti yang perlu diisi sepanjang cuti persekolahan.  Cuti sekolah  membuatkan wajah teruja menyenaraikan tempat-tempat percutian yang bakal dilawati.  Tidak perlu bangun awal untuk menunggu bas ke sekolah, tidak dibebani kerja-kerja sekolah, tidak perlu berada di sekolah hingga petang untuk aktiviti kokurikulum dan yang penting tidak perlu rasa risau memerah otak memahami apa yang diajar oleh guru. Cuti sekolah sememangnya saat yang cukup bermakna.

Namun begitu, sejauh manakah  bermaknanya cuti yang selama ini kita tunggu-tunggu. Dalam senario kehidupan kita hari ini, kata-kata hikmat masa itu adalah emas sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan. Emas, walaupun mahal dan berharga masih mampu  dibeli dengan wang terutama bagi mereka yang berpendapatan tinggi. Seorang tokoh agama, Syahid Hassan Al Banna pernah menyatakan bahawa masa itu adalah kehidupan. Kehidupan yang berlalu tidak boleh diperoleh semula dengan apa cara sekalipun. Ayat al- quran, Surah al Asr  ada menyatakan “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran dan menasihati dengan kesabaran”  Hari ini perlu lebih baik dari semalam. Setiap saat dan ketika perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana apa yang kita lakukan hari ini bakal membentuk ‘rupa’ kita pada masa hadapan. Remaja merupakan ‘harta Negara” yang cukup bernilai. Iman Al- Ghazali pernah menyatakan “jika ingin melihat Negara pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini”. Oleh itu, perancangan waktu sepanjang cuti persekolahan tidak wajar dipandang ringan.

Sediakan ‘cheklist ‘ harian sepanjang cuti

1. Jadual Rancangan Cuti

a. sediakan sehelai kertas kecil/nota untuk perancangan harian. senaraikan apa yang ingin dilakukan secara harian.

  • Kemas bilik
  • ulangkaji sains
  • Gunting rambut
  • latih tubi matematik
  • membaca al-quran
  • menonton wayang bersama keluarga

b. selepas itu, gredkan seperti (1)sangat penting, (2)penting, (3)Tidak penting. Sekiranya sesuatu itu sangat penting perlulah disegerakan  dan tidak bertangguh.

  • Kemas bilik (2)
  • ulangkaji sains (1)
  • Gunting rambut (2)
  • latih tubi matematik(2)
  • Membaca al-quran (1)
  • menonton wayang bersama keluarga (3)

Tandakan (/) pada aktiviti yang sudah dilakukan (untuk aktiviti yang  tidak dapat lakukan, buatlah perkara itu pada keesokan harinya).

2. Tele Vision (TV) atau Vision Tele (VT)

Apabila cuti sekolah bermula, sudah tentu banyak rancangan-rancangan menarik.. Tidak kurang juga rangkaian-rangkaian seperti ASTRO, TV3 & RTM dan pelbagai lagi memberi hiburan yang istimewa sepanjang cuti sekolah ini. jadi kita perlu tahu membezakan TeleVision (TV) dengan VisionTele (VT) semasa cuti sekolah.

Sekiranya sekadar untuk menghilangkan bosan dan mengambil masa yang sedikit sahaja menonton TV sudah pasti kita akan jadikan TV itu bukan visi kita semasa cuti sekolah.  Tetapi sekiranya pagi-petang-malam hanya duduk mengadap TV saja dan tidak melakukan perkara yang berfaedah dan manfaat, maka jadikan television itu sebagai Visi semasa cuti sekolah (Vision tele). Elakkan perkara ini daripada berlaku.

3. Motivasi luaran dan program motivasi

Semasa cuti sekolah bermula tentu banyak program-program motivasi yang akan di anjurkan untuk mengisi masa harian pelajar-pelajar. Bagi yang mempunyai ibu-bapa yang berkemampuan, mintalah keizinan mereka untuk menyertai mana-mana kursus/seminar/program motivasi bagi meningkatkan lagi daya motivasi luaran semasa cuti sekolah. Bagi yang tidak berkemampuan untuk hadiri kursus/seminar/program sebegini, jangan merasakan diri anda tidak bermotivasi kerana anda mampu mendapat motivasi luaran ini sekirannya berkawan dengan orang yang bermotivasi dan inginkan motivasi.

4. Cuti-cuti Malaysia

Banyak tempat-tempat menarik yang  boleh dikunjungi. Sekiranya tidak mampu pilihlah destinasi yang tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi seperti berkelah bersama keluarga, melawat muzium dan tempat-tempat bersejarah atau melawat saudara mara bagi mengeratkan silatulrahim. Yang penting rancanglah dengan teliti. Bercuti tidak bermakna tidur di hotel dan bersukaria di taman tema sahaja.. bumi Allah sangat luas dan masih banyak tempat yang boleh diterokai.

5. Terlibat secara aktif dalam majlis kenduri kendara.

Inilah masa yang paling tepat untuk anda membantu saudara mara yang akan mengadakan majlis kenduri. Aktiviti sebegini bukan sahaja membolehkan anda mengenali sahabat handai dan kaum keluarga dengan lebih ramai tetapi dapat mengutip ilmu pengurusan. Bukan senang untuk menguruskan satu majlis dengan lancar !

6. Program Cuti Sekolah Peringkat Keluarga

Rancanglah bersama adik-beradik serta ibu bapa anda beberapa program khas untuk meningkatkan keceriaan rumah. Antaranya program kitar semula, program 5S, gotong royong keluarga, program hijaukan halaman rumah dan macam-macam lagi…Biarpun nampak agak pelik tetapi percayalah ia tentu sangat menyeronokkan.

7. Satu hari Satu Resepi

Memasak merupakan kemahiran yang wajib dikuasai tidak kira lelaki atau perempuan. Selagi hidup, manusia akan terus makan. Cuba belajar satu resepi setiap hari. Hidanglah kepada keluarga dengan penuh bergaya.. tentu ibu tercinta akan berasa bangga..kemahiran ini sangat pening terutama bagi mereka yang bakal keluar melanjutkan pelajaran..masak sendiri lebih jimat, sihat dan adakalanya lebih menyelerakan kerana dibuat mengikut citarasa sendiri.

8. Projek Usahawan

Bercuti membolehkan anda mencari duit poket. Contohnya berniaga kacang atau aiskrim malaysia di taman permainan kawasan perubahan, mengambil upah membersihkan halaman jiran, mengambil upah menaip, berniaga barangan terpakai menerusi internet,  bekerja sambilan dengan syarikat katering atau menerima tempahan resepi baru anda….banyak ilmu yang anda pelajari dan yang paling penting dapat memupuk ciri-ciri keusahawanan dalam diri. Tapi ingat ! projek hanya dijalankan pada waktu cuti sahaja.

9. Menghadiri seminar teknik menjawab

Inilah peluang terbaik kepada bakal menduduki UPSR. Isilah masa terluang dengan membuat ulangkaji mata pelajaran yang lalu supaya setiap detik anda ada pengisian ilmu. Hal ini sangat penting supaya anda benar-benar bersedia dari aspek mental untuk menempuh peperiksaan yang besar dalam hidup anda.

10. Membaca 1 minggu 1 buku

Alasan sibuk sering diberi sekiranya disuruh menbaca. Kini tiada lagi bebanan aktiviti persekolahan yang banyak.. jadilah insan yang berilmu dengan membaca..tidakkah membaca itu umpama anda meneroka dunia baru . Berilah peluang minda anda menikmati vitamin yang berkhasiat.

11. Tingkatkan amal ibadat dan banyakkkan perkara sunat.

Bermulalah dari sekarang untuk melakukan perkara-perkara yang terhalang disebabkan kesibukan duniawi. Allah sentiasa menyayangi kita dengan memberi nikmat kehidupan yang tidak terhingga tetapi kita jarang bersyukur dan mendekatiNYA. Mulakan  amalan membaca al-quran setiap kali lepas solat , amalan solat rawatib, solat malam, solat duha, membaca al-mathurat dan berpuasa isnin khamis. Insyaalah sekiranya amalan ini dilaksanakan secara istiqamah selama 40 hari berturut-turut, ia akan menjadi tabiat baik amalan harian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: