AKTIVITI GALAKAN MEMBACA ( NILAM)

CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH (NILAM)

AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH (NILAM)

  1. Buat Seekor Ulat Buku – Murid  menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk segmen ‘ulat buku’.
  2. Rakan Membaca – Murid  memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
  3. Program Membaca – Mendirikan Satu Murid  menguruskan masa untuk membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
  4. Memulakan Kelab Membaca Kamu Sendiri – Murid dalam satu kumpulan atau sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang tersendiri.
  5. Diari Membaca Mingguan – Murid  menyemak kemajuan membacanya minggu demi minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
  6. Ulasan Buku Mobail – Murid  menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik darjah.
  7. Menghayati Puisi – Murid  melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
  8. Baris Demi Baris– Murid  meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami sebauah puisi dengan lebih baik.
  9. Mengumpul Perkataan – Murid  menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’ supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
  10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita – Murid  melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Murid melukis beberapa adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan perkataan sendiri.
  11. Melukis Model – Berpasangan, pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
  12. Halaman Masalah – Dengan membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita murid menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman masalah dalam majalah kegemarannya.
  13. Kerangka Cerita – Memperkenalkan satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah dan penyelesaian.

Urutan Cerita – Pelajar menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: