VISI DAN MISI PSS

MOTO

PUSAT SUMBER SEKOLAH KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU

MISI

MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT.

VISI

PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 

OBJEKTIF PUSAT SUMBER

Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah

Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis

Membantu murid  dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajran.

Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan murid-murid.

Melatih murid  menggunakan kemahiran maklumat dan proses pembelajaran.

DEFINISI PSS

               Pusat Sumber adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis . Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat  pendidikan ke arah pembentukan masyarakat yang berbudayakan ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

KONSEP PUSAT SUMBER

Pusat sumber merupakan salah satu tempat yang strategik, mudah dikunjungi dan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk mempertingkatkan taraf profesionalisme keguruan ke arah melaksanakan keadah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, keunggulan PSS mencakupi aspek-aspek kemudahan fizikal yang sesuai dan mengumpulkan pelbagai bahan yang diperlukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: