Archive for the ‘PROSIDAR DADAH’ Category

PROSIDAR DADAH

TAJUK 6

AKIBAT PENAGIHAN DADAH KE ATAS DIRI DAN KELUARGA

Suasana hidup di dalam masyarakat  tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

 

TAJUK 7

AKIBAT PENAGIHAN DADAH KE ATAS NEGARA

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :

a)    Kehilangan /kerugian akibat pengurangan daya pengeluaranekonomi.

b)   Kos bagi menyediakan kemudahan rawatan dan pemulihan penagih

c)    Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan

d)   Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti jenayah yang berkaitan

e)    Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

 

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah.

 

Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia  yang berumur di antara 20-29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.

 

Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :

 

(a)          Untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara lansung

(b)         Untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara.

 

Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad ke – 18.

 

TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH

 

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku.

 

Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :

 

k        Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja;

k        Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya

k        Mengelakkan diri daripada tanggungjawab

k        Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri

k        Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki

k        Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu

k        Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja

k        Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih dadah

k        Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga

k        Suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga

k        Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab, seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.

 

Bagaiamanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan.

 

 

 

SENARIO MASALAH DADAH DI MALAYSIA

 Menurut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dari tahun 1988 hingga 2005 terdapat seramai 315 067 penagih dadah di Malaysia. Penagih dadah tegar pula sebanyak

107 318 dan penagih dadah daripada kaum wanita pula adalah seramai 5079 orang. Penagih HIV positif pula seramai 13 811 orang.

Menurut perangkaan tahun 2006 pula terdapat seramai 22811 penagih dadah. Daripada jumlah ini penagih berulang yang mengambil dadah pula berjumlah 12430 orang. Penagih baru yang mengambil dadah pula berjumlah 10381 orang. Ini bermakna bilangan penagih baru yang muncul setiap hari ialah 65 orang. Ini juga bermakna setiap 45 minit pula wujud seorang penagih baru. Jumlah penagih dadah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan kita dalam usaha merealisasikan negara bebas dadah 2015.

 

SENARIO PENAGIHAN DADAH

Menurut statistik yang diperoleh, profil penagih mengikut bangsa menunjukkan bangsa Melayu paling ramai terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Ini diikuti oleh kaum cina dan kaum India selain kaum bumiputra lain dan pribumi Sarawak dan Sabah.

Profil mengikut umur pula menunjukkan golongan belia merupakan golongan paling ramai dan majoritinya berumur antara 20-29 tahun.

Pekerja buruh pula merupakan golongan paling ramai dikesan menagih dadah manakala jenis dadah paling banyak digunakan oleh penagih ialah heroin dan diikuti oleh ganja.

 

PIL PSIKOTROPIK – ESTACY

Pil Estacy merupakan dadah rekaan (psikoaktif) – mood enhancing drug yang mempunyai kesan terhadap persepsi pengguna terutama warna dan kesan bunyi

Antara Sindrom ketara pengambilan pil ini ialah perbuatan goyang kepala berasaskan irama muzik.

Antara kesan-kesan penggunaan estacy:

l    Kerosakan pada otak, hati, jantung, peparu dan buah pinggang

l    Peningkatan tekanan darah – strok

l    Loya, paranoia, resah, mulut kering, sentiasa berdebar-debar

l    Cenderung bertindak ganas, mudah marah

l    Keletihan yang melampau

l    Kekejangan otot, kancing gigi

l    Tidak berfikiran waras, murung

l    Maut

KANABIS (GANJA)

APA ITU GANJA?

Kanabis (Ganja) adalah sejenis dadah yang didapati dari bunga dan daun-daun pokok India Hemp, Canabis Satiral. Pokok Kanabis (Ganja) tumbuh subur di negara-negara yang beriklim tropikal seperti Malaysia, Indonesia, Amerika Selatan, Timur Tengah, Thailand dan lain-lain lagi. Pokok Kanabis (Ganja) tingginya di antara 7 hingga 12 kaki. Daun Kanabis (Ganja) yang telah dibakar, bau asapnya seperti bau rumput atau tali terbakar dan hangit. Kanabis (Ganja) di pasaran haram adalah dalam bentuk campuran, dibungkus dalam kertas cokelat dan biasanya berebentuk selinder.

Kanabis (Ganja) mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia. Bahan kimia yang mengkhayalkan dalam Kanabis (Ganja) dikenali sebagai delta 9-Tetra Hydro-Cannabinol atau singkatnya THC.

Jenis Kanabis :

–          Kanabis herba (dikenali sebagai ganja, grass, pot, weed, bhang, kif dan sebagainya)

–          Resin getah kanabis (hashish)

–          Minyak Hashish

KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN GANJA

Menghisap  Ganja mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek dan koordinasi. THC dalam dos tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.

Satu reaksi daripada menghisap Ganja ialah reaksi cemas yang dating tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok Ganja. Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

Bahan kimia yang terdapat dalam Ganja terkumpul dalam tubuh manusia. 30 – 50% THC tertinggal dalam tubuh manusia seminggu selepas menghisap sebatang rokok Ganja dan dianggarkan bahawa 4-6 minggu berlalu sebelum kesemua THC dikeluarkan dari tubuh mengiku proses fisiologi normal. Jika seseorang menghisap Ganja terus-menerus dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam semua sel tubuh, terutama sekali di bahagian otak, paru-paru dan organ pembiakan yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu.

 

BAHAYA GANJA KEPADA PARU-PARU DAN JANTUNG

DAN SISTEM PEMBIAKAN

Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat (18-24 bulan). Penghisap Ganja sering batuk apabila menyedut asap Ganja. Asap Ganja mengandungi THC, bahan kimia lain (yang menyakiti paru-paru) serta racun-racun sepeti karbon monoksid dan ammonia. Kesan asap ini begitu teruk sekali sehingga para saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok Ganja adalah sama seperti 112 batang rokok tembakau.

 Asap Ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria. Penyakit bronchitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan pengisap Ganja. Selain dari itu penyakit laryngitis, lelah (asthma) dan tanda-tanda awal penyakit kanser paru-paru juga telah dilaporkan.

Ganja mengubah fugsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejaskan pengaliran darah yang mungkin menyebabkab sakit dada pada mereka yang mengidap penyakit jantung.

Penghisapan ganja menyebabkan pengeluaran hormon lelaki tertosterone merosot. Ini menyebabkan ketidak seimbangan hormon memandangkan tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan. Akibatnya terdapat setengah lelaki remaja yang menghisap ganja mempunyai buah dada.

Ganja juga mengurangkan bilangan sperma atau menambahkan sperma yang cacat atau tidak normal. Bukti menunjukkan bahawa Ganja juga menyebabkan pembentukan janin cacat. Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga telah didapati mati pucuk.

Ganja meninggalkan beberapa kesan ke atas sistem pembiakan perempuan. Di antara kesannya ialah seperti berikut:

Kedatangan haid yang tidak menentu.

Kemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari.

Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir.

Pemindahan kanabinoid dari ibu kepada bayi.

Satu kajian di Boston pada tahun 1982 menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menghisap ganja ketika mengandung mempunyai kemungkinan 5 kali lebih besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat.

 

APA ITU OPIAT?

Opiat juga dikenali sebagai narkotik, adalah bahan yang digunakan dalam perubatan untuk menidurkan atau untuk melegakan kesakitan, tetapi mempunyai potensi yang tinggi untuk menyebabkan ketagihan. Sebahagian dari Opiat seperti Candu, Morfin, Heroin dan Kodein diperolehi dari getah Popi. Pokok Popi ditanam di negara-negara Timur Tengah dan Asia. Jenis Opiat yang lain adalah jenis Opiat Sintetik.

Opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti Methadone dan Petidin. Bahan-bahan ini mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan bahan-bahan Opiat.

Dadah dalam golongan ini adalah seperti berikut:

1. ASLI         :        Candu, Morfin, Heroin, Kokain

2. TIRUAN    :        Petidin,  Methadon

 

BAHAYA PENGGUNAAN MORFIN

Pengguna menjadi gelisah, berasa loya dan muntah-muntah. Pengguna juga rasa mengantuk. Dengan dos besar, pengguna tidak dapat dikejutkan dari tidur, anak mata mereka menjadi kecil, kulit mereka menjadi sejuk, lembab dan berwarna kebiru-biruan. Pernafasan mereka menurun atau menjadi sesak yang boleh menyebabkan kematian.

Penagihan berlaku apabila pengguna menggunakan Morfin sedikit demi sedikit dalam tempoh masa yang lama.

AKIBAT-AKIBAT PENGGUNAAN MORFIN

 Morfin menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan seperti berikut:

  1. Mata hitam mengecil
  2. Pertuturan tidak nyata
  3. Tekanan darah menurun
  4. Mengantuk serta menunjukkan kecacatan perseimbangan dan tindak balasnya.
  5. Peredaran darah menjadi lambat
  6. Kurang selera makan
  7. Khayal dan sentiasa mengelamun
  8. Tidur dalam keadaan tidak sedar jaga semula

BAHAYA-BAHAYA MORFIN

 Bahaya-bahaya morfin adalah seperti berikut:

  1. Hilang selera makan
  2. Sembelit
  3. Turun berat badan
  4. Pergantungan fizikal
  5. Pertimbangan kawalan-kawalan tumpuan dan perhatian merosot dengan cepatnya
  6. Pergantungan Psikologi
  7. Daya tahan juga cepat
  8. Ketagihan membawa kepada pergantungan.

BAHAYA PENGGUNAAN HEROIN

 RISIKO DOS BERLEBIHAN

Penagih tidak tahu kandungan sebenar heroin dalam tiub atau straw yang

digunakan. Kandungan yang lebih tinggi dari biasa boleh menyebabkan dos

berlebihan. Ini lebih bahaya untuk pengguna yang ingin mencuba-cuba kerana

dos sebenar tidak diketahui.

RISIKO AKIBAT MENGAMBIL HEROIN YANG DICAMPUR DENGAN DADAH LAIN:

Kematian boleh berlaku apabila dadah campuran ini disuntik dan tersumbat dalam pembuluh darah. Heroin yang dicampur dengan barbiturat akan juga mengakibatkan pergantungan terhadap dadah tersebut.

RISIKO KEMALANGAN:

Dalam keadaan mabuk/khayal, penagih tidaK dapat mengawal pergerakan badan, lambat bertindak untuk mengelak sesuatu serta tidak berupaya untuk menumpukan perhatian ke atas apa-apa yang sedang dikerjakan. Risiko menghadapi kemalangan amat tinggi ketika memandu, menjalankan jentera atau melintas jalan.

RISIKO JANGKITAN PENYAKIT:

Jangkitan penyakit seperti AIDS, hepatitis, kancing gigi, keracunan darah dan sebagainya berlaku apabila penagih mengguna dan berkongsi alat-alat suntikan yang kotor.

RISIKO MENINGKAT APABILA BERBAGAI JENIS DADAH DIGUNAKAN SEKALIGUS:

Tabiat penagih yang sentiasa mencari satu nikmat lain dari yang lain, mendedahkan ia kepada penggunaan berbagai jenis dadah. Menggunakan dadah opiat, barbiturat, alkohol, bahan pelarut dan sebagainya dengan sekaligus meningkatkan risiko dos berlebihan kerana kesan-kesan dadah berganda dan hanya sedikit sahaja diperlukan untuk mendapatkan dos maut.

RISIKO KEPADA WANITA MENGANDUNG

Wanita yang menagih heroin, kerapkali menderita akibat kekurangan darah, sakit jantung, kencing manis, demam paru-paru (pneumonia atau hepatitis) ketika mengandung atau melahirkan anak. Kadar keguguran, kelahiran bayi songsang atau belum cukup umur, melahirkan melalui pembedahan “caesarean” dan kelahiran bayi mati dalam kandungan adalah tinggi bagi wanita-wanita ini. Bayi-bayi yang dilahirkan kerapkali menderita dari gejala tarikan sehingga berbulan-bulan dan ada di antara yang mati.

BAHAYA PENGGUNAAN HEROIN (BAHAGIAN I)

AKIBAT-AKIBAT:

  1. Mata hitam mengecil
  2. Muka menjadi merah
  3. Perut terasa dicucuk-cucuk dan geli
  4. Keadaan bermimpi pada siang hari
  5. Tiada perseimbangan
  6. Fikiran terganggu
  7. Tekanan darah turun
  8. Hilang selera makan
  9. Tersenggut-senggut seakan tidur dan tidak sedarkan diri kesan dadah heroin akan hilang selepas 3-4 jam.

BAHAYA-BAHAYA DADAH HEROIN:

  1. Pergantungan psikologi
  2. Pergantungan fizikal
  3. Dos yang berlebihan membawa kepada kekejangan dan maut
  4. Ketagihan membawa kepada pengunduran (withdrawal symptom).
  5. Mengalami gangguan jiwa menyebabkan pertimbangan. Kawalan dan perhatian diri menurun dengan cepatnya.
  6. Daya tahan wujud dengan cepat.
  7. Tidak mengendalikan diri sendiri dan mudah diserang penyakit.
  8. Jarum yang kotor menyebabkan penyakit hati, kancing gigi dan keracunan darah.

BAHAYA PENGGUNAAN DEPRESSEN

(BARBITURAT) – JENIS PIL PSIKOTROPIK

 1. Penggunaan dos besar menyebabkan pertuturan kurang jelas, perjalanan terhuyung-hayang, hilang pertimbangan, marah-marah dan suka bertengkar.

2. Pergantungan secara fizikal dan daya tahan yang meningkat. Apabila penggunaan dihentikan dengan tiba-tiba, gejala tarikan seperti berikut akan berlaku :-

tidak boleh tidur,   lesu/lemah,  suhu badan meningkat,  tekanan darah rendah, sakit-sakit anggota, muntah-muntah,  bingung,  mata terkelip-kelip,

sawan dan maut

3. Jika mengambil dos yang berlebihan bahaya-bahayanya adalah seperti berikut :-

–          menyebabkan kemalasan dan kesugulan

–          huru-hara, terhuyung-hayang, dan pertuturan tidak terang seperti orang mabuk arak.

–          Susah untuk berfikir dan bekerja

–          Pengawalan emosinya lemah

–          Tertidur nyenyak dan tidak sedarkan diri

–          Berlebihan dos boleh membawa maut.

 

BAHAYA PENGGUNA STIMULAN

(AMFETAMIN) – JENIS PIL PSIKOTROPIK

Perasaan yakin, bertenaga dan cergas. Ia kerapkali disalahgunakan oleh pelajar dan pekerja.

Kesan-kesan fizikal dan psikologikal seperti berikut :

  mengeletar/terketar-ketar,    resah gelisah.    tidak boleh tidur,  tidak rasa lapar/rasa penat, rasa ghairah, bercakap berlebih-lebihan.

 Keadaan gila yang dipanggil psikosis amfetamin selepas mengambil satu dos besar amfetamin atau selepas menggunakan beberapa dos biasa dengan berterusan. Penagih mengalami paranoia atau perasaan syak wasangka dan takut terhadap orang lain. Halusinasi mungkin berlaku yang akan menyebabkan kelakuan ganas terhadap orang lain.

Pergantungan fizikal terjadi dan gejala tarikan seperti rasa amat letih, lapar dan tidur dengan banyaknya jika penggunaan amfetamin dihentikan. Penagih kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6 – 12 bulan selepas berhenti menggunakan amfetamiAPA ITU INHALAN?

Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka, atau menggunakan kain yang direndam ke dalam bahan kimia tersebut dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan sebelum dihidu.

Inhalan dikatakan boleh menyebabkan kematian sel otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi terbentuk selepas kelahiran, ini bererti penagih inhalan yang tegar akan berhadapan dengan risiko kecacatan akal. Kadangkala inhalan ini turut digunakan oleh penagih dadah yang tiada duit.

 

TANDA-TANDA PENAGIH INHALAN

Tanda-tanda berikut boleh membantu para ibu bapa, rakan sebaya, dan guru mengesyakki atau mengesan penagihan inhalan di kalangan anak-anak, rakan-rakan dan murid-murid:

  1. Terdapat bau bahan kimia pada nafas, badan, pakaian dan di bilik tidur
  2. Kesan cat atau bahan seumpamanya di kawasan muka, tangan, atau pakaian
  3. Terdapat bintik-bintik merah dan pecah-pecah di sekitar mulut dan hidung
  4. Mata seringkali kelihatan berair, merah dan berkaca, serta hidung berair
  1. Terdapat bekas-bekas cat atau pelarut serta kain buruk atau pakaian yang telah dicelup dengan bahan tersebut yang cuba disembunyikan di dalam laci atau almari di  bilik tidur
  2. Remaja tersebut seringkali mengalami loya-loya, hilang selera makan, pertuturan yang kurang jelas, serta kelihatan tidak terurus
  3. Remaja terbabit kelihatan mengalami kurang daya tumpuan, mudah marah dan murung

 

  1. BAHAYA MENGHIDU INHALAN

 

Kesan serta merta menghidu inhalan adalah melalui tanda-tanda seperti berikut:

  1. DERIA ( Sensory System )

 

– sensitive kepada cahaya

– gatal mata

– penglihatan berkembar

– telinga berdesing

  1. SISTEM PERNAFASAN ( Respiratory dan cerdial system )
– sesak nafas

– sakit dada dan rasa tidak selesa

– degupan jantung yang tidak normal

  1. LAIN-LAIN
– sakit-sakit otot dan sengal sendi

Kesannya adalah serta-merta dan pada amnya berterusan selama 5 hingga 45 minit berhenti menghidu. Kesan ini timbul dengan cepatnya jika disedut dan hilang beberapa jam atau hari. Penyedutan yang panjang atau penghiduan berulang dalam masa yang singkat mungkin menyebabkan:

  1. ketidakserasian ( disorientation )
  2. kehilangan kawalan diri
  3. tidak sedarkan diri
  4. sawan ( serangan otak dengan tiba-tiba )
  5. kurang penyelarasan pergerakan otot
  6. refleksi/gerakan yang berkurangan ( depressed reflexes )
  7. hidung berdarah, mata merah dan nafas berbau
  8. bengang dan pening kepala selama beberapa hari

 

Bahaya bahan-bahan kimia yang terdapat dalam  kebanyakan inhalan

Didapati dalam

  • Amil nitrit, Butil nitrit
Poppers, Climax, Rush
  • Benzene
Minyak petrol
  • Butane, Propane
Cecair pemetik api, semburan cat dan rambut
  • Metilena klorida
Penanggal/penipis cat, penyahgris
  • Nitrous oksida,
Krim ‘whipping’, tangki gas
  • Toluin
Minyak petrol,gam, penanggal/penipis cat, cecair pemadam
  • Trikloroetilena
Penanggal kotoran, penyahgris, cecair pemadam
  • Heksana
Gam, Minyak petrol

KESAN JANGKA PANJANG MENGHIDU INHALAN

Penggunaan Inhalan dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan perkara-perkara berikut:

  1. Letih lesu
  2. Pucat
  3. Kehilangan daya ingatan
  4. Kehilangan daya untuk berfikir dengan jelas atau waras
  5. Kedahagaan
  6. Kesusutan badan
  7. Kesugulan
  8. Bengkeng
  9. Kebengisan

10.Perasaan teraniaya

11.Pengurangan pembentukan sel darah dalam sum-sum tulang

Kebanyakan kesan jangka panjang ini boleh dipulihkan kembali ( reversible) jika penggunaan Inhalan dihentikan.

Penghiduan wap pekat yang dilakukan berulang kali dalam tempoh masa yang berlanjutan boleh menyebabkan:

kerosakan sistem saraf pusat yang berkekalan yang mungkin tidak dapat dipulihkan kembali;

pengurangan besar keupayaan jasmani dan mental

kerosakan kepada hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang

kematian mengejut yang berpunca daripada degupan jantung yang tidak tetap, kesukaran bernafas, kemalangan dan kesesakan nafas.

 

KESAN KEPADA TUBUH BADAN:

Wap yang disedut dari bahan pelarut atau aerosol akan masuk dengan cepat ke dalam aliran darah melalui paru-paru, kemudian ianya teredar dengan cepat sekali ke dalam organ yang mempunyai edaran darah yang besar seperti otak dan hati. Wap yang disedut ini akan cepat terserap ke dalam sistem saraf pusat ( central nervous system ) menyebabkan banyak kelemahan kepada fungsi badan termasuk tarikan pernafasan dan degupan jantung. Dengan perlahan-lahan wap terkumpul dalam tisu lemak.

Sementara beberapa hidrokarbon ruapan terungkaibina ( metabolised ) dan kemudiannya keluar melalui buah pinggang atau ginjal, banyak yang terhapus tanpa perubahan, dan memakan masa, kerana edarannya dari tisu lelemak balik ke dalam darah agak perlahan.

AIDS

AIDS adalah “Acqured Immune Deficiency Syndrome” ( Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit).

Ia adalah penyakit penularan seksual yang disebabkan oleh virus HIV ( Human Immunodeficiency Virus ).

Virus ini menyerang dan merosakkan sistem pertahanan badan. Dengan ini, seseorang itu senang dijangkiti oleh pelbagai jenis kuman dan juga mengalami beberapa jenis barah yang jarang dijumpai.

AIDS adalah amat merbahaya kerana tiada rawatan atau vaksin untuk AIDS setakat ini. Semua pesakit-pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini.

Bukannya mudah untuk dijangkiti oleh virus HIV. Virus ini senang musnah dan tidak dapat bertahan lama di luar daripada badan manusia.

Virus HIV hanya dapat memasuki badan melalui 3 cara sahaja:

Melalui hubungan seksual dengan pasangan yang telah dijangkiti

Melalui darah yang tercemar dengan HIV yang memasuki ke dalam tubuh ( contohnya melalui jarum dan picagari ).

Melalui ibu-ibu yang telah dijangkiti kepada bayi mereka semasa dalam kandungan, semasa kelahiran dan melalui penyusuan susu ibu.

 

Seseorang itu tidak akan dijangkiti HIV melalui;
  • Berpegang tangan dan bersalaman.
  • Berkongsi kemudahan awam misalnya telefon.
  • Berkongsi menggunakan cawan, gelas dan sudu.
  • Melalui makanan atau minuman.
  • Ciuman/pelukan.
  • Gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.
  • Pergaulan di sekolah atau di tempat kerja.
  • Berkongsi buku (sekolah).
  • Berkongsi menggunakan bilik mandi dan tandas

AKTA DADAH BERBAHAYA 1952

Di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pindaan 1983) seseorang akan dihukum mati mandatori (Seksyen 39B) jika didapati mengedar dadah yang beratnya seperti berikut:

 

HEROIN- 15 gram atau lebih

MORFIN- 15 gram atau lebih

CANDU- 1000 gram atau lebih

GANJA- 200 gram atau lebih

KOKAIN- 40 gram atau lebih

 

Akta Dadah Berbahaya 1952 merupakan undang-undang utama berkaitan dengan pengawalan dadah di Malaysia. Akta ini agak menyeluruh di mana ia mengandungi aspek berkaitan dengan kesalahan, prosedur dan keterangan. Antara lain ia memperuntukkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah.

Undang-undang ini telah melalui proses pindaan bagi menghadapi peningkatan masalah pengedaran dan penagihan dadah yang semakin berat.

Akta Dadah Berbahaya 1952, mula berkuatkuasa di Semenanjung pada 1 November 1952.  Pemakaian Akta ini  ini telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak (termasuk Labuan)pada 1 Jun 1978 melalui Perintah Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Dadah Berbahaya)(Perluasan dan Pengubahsuaian).AKTA RACUN BERBAHAYA 1952

 

Akta Racun 1952 bertujuan untuk mengawal pengimportan pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun.  Racun bermaksud bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam senarai racun dan termasuklah juga campuran, sediaan, larutan atau bentuk asli yang mengandungi bahan tersebut kecuali apa-apa sediaan atau bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.  Pengawalan dadah yang tidak dinyatakan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dikawal di bawah akta ini.  Akta ini mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 1 September 1952 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak mulai 1 Jun 1978.

Jenis racun yang berada bawah kawalan Akta ini termasuk bahan yang digunakan untuk tujuan perindustrian, perubatan dan pertanian.  Sebahagian racun telah dikelaskan sebagai bahan psikotropik dan hanya boleh dibekalkan melalui preskripsi oleh pengamal perubatan, doktor haiwan dan doktor pergigian.  Ahli farmasi atau doktor yang diberi kuasa sahaja dibenarkan menjual bahan ini.

 

AKTA PENAGIH DADAH

(RAWATAN & PEMULIHAN) 1983

 Akta Penagihan Dadah(Rawatan dan pemulihan) 1983 adalah suatu Akta yang memperuntukkan dengan secara menyeluruh aspek rawatan dan pemulihan.  Akta ini mula berkuatkuasa pada 15 April 1983.  Segala kelemahan yang terdapat di Bahagian VA-Akta Dadah Berbahaya 1952 telah diperbaiki dan disemak dengan pengubahan Akta baru ini.

Peruntukan di bawah Akta ini mewjibkan mana-mana orang yang disahkan sebagai penagih dadah, termasuk mereka yang tampil secara sukarela, untuk menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan atau secara pengawasan.  Tempoh program rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan ialah selama dua tahun.  Ini diikuti dengan jagaan lanjutan selama dua tahun lagi.

 

ROKOK – KANDUNGAN ASAP ROKOK

Setiap kali anda sedut rokok, anda mengisikan paru-paru anda dengan 3 jenis bahan utama iaitu:

A.       NIKOTIN

Nikotin ialah sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem saraf. Ia boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan saluran-saluran darah dan menaikkan tekanan darah. Nikotin juga akan mengakibatkan ketagihan perokok terhadap rokok.

B.       KARBON MONOKSIDA

Karbon Monoksida ialah sejenis gas merbahaya jika disedut terlalu banyak. Ia mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen ke tisu-tisu dan menyebabkan kadar pernafasan menurun dan seterusnya cepat letih. Ia merupakan faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

C.       TAR

Tar ialah sejenis bahan perangsang yang boleh menyebabkan kanser. Perokok mempunyai risiko barah paru-paru, perut dan mulut yang jauh lebih tinggi daripada orang yang tidak merokok.

 

 BAHAYA MEROKOK

 Antara bahaya-bahaya merokok adalah seperti berikut:

 

A.       KERONGKONG

Asap menyebabkan terlalu banyak hingus yang menyumbatkan tenggorak, menyebabkan batuk dan kesukaran bernafas.

 

B.       CILIA

Ia adalah bulu-bulu halus yang menyapu keluar kuman-kuman dan kekotoran dari saluran pernafasan. Asap rokok memusnahkan cilia dan ini menyebabkan pemendapan bahan-bahan yang menyebabkan barah.

 

C.       PARU-PARU

a.  Sesak nafas

b.  Kurang tenaga

 

D.      JANTUNG

a.  Menjerut saluran darah

b.  Mengurang pengaliran darah dan oksigen

 

E.       SISTEM PENGHADAMAN

Menambahkan risiko seperti bisul dalam perut.

 

F.       MENYEBABKAN PENYAKIT

a.  Enfisema

b.  Bronkitis

c.  Membahayakan bayi dalam kandungan

 

G.      MENYEBABKAN KANSER

a.  Kanser ruang mulut                e.  Kanser kerongkong

b.  Kanser peti suara                             f.   Kanser pundi-pundi kencing

c.  Kanser buah pingang              g.  Kanser paru-paru

d.  Kanser pankreas

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BERHENTI MEROKOK

Langkah-langkah untuk berhenti merokok adalah seperti berikut:

 

  1. Merasa bangga kerana tidak merokok.
  2. Elakkan godaan – simpan mancis atau pemetik api.
  3. Menentang gian dengan kesibukan.
  4. Jauhkan diri daripada mereka yang merokok.
  5. Berwaspada selepas waktu makan dan minum.
  6. Simpan wang yang digunakan untuk membeli rokok di satu tempat khas.
  7. Sediakan bahan gantian.
  8. Pelajari cara-cara yang boleh menenangkan diri.
  9. Ingatkan sebab-sebab yang anda tidak boleh merokok.
  10. Jangan menerima sebarang tawaran merokok.
  11. Menghadiri Klinik Berhenti Merokok
  12. Kaedah kaunseling
  13. Menjalankan Rawatan Gantian Nikotin (NRT)

 

Saya percaya ANDA BOLEH  melakukannya.

TINDAKAN ANTI DADAH MALAYSIA

Tindakan anti Dadah di Malaysia berpandukan kepada strategi   :

 Pengurangan bekalan (Supply Reduction) dan

Pengurangan permintaan (Demand Reduction)

Selaras dengan ini strategi-strategi berikut digubal : Pencegahan, Pemulihan

Pembangunan/kemajuan Manusia dan Penilaian

Kerjasama Antarabangsa dan Penyelarasan

Pencegahan dan pemulihan merupakan dua strategi utama manakala pembangunan manusia dan penilaian , kerjasama antarabangsa dan penyelaras merupakan strategi sokongan.

Pencegahan mengandungi 2 unsur :

Pencegahan awalan merupakan strategi jangka panjang melibatkan program-program membina kekuatan dalaman diri seseorang untuk melindungi dan mencegah dari dipengaruhi dadah.

Pencegahan kemasukan menekankan usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang untuk mencegah kemasukan dan bekalan dadah.

Pemulihan merupakan strategi memutuskan pergantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula.

 

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH ADALAH MELALUI  :

 Program-program di sekolah

Program-program di sekolah melibatkan masyarakat

Program-program di sekolah adalah seperti  :    Kem Waja diri / Kolokium Membina Ketahanan Diri

Khas untuk pelajar bermasalah /berisiko tinggi.  Penekanan terhadap nilai-nilai murni, keagamaan moral disiplin diri, memahami potensi diri dan kemahirn menyelesaikan masalah.

b.       Skim Lencana Anti Dadah

Skim ini diikuti oleh pelajar yang menyertai pasukan beruniform, membolehkan

mereka menyebarkan masej anti dadah, menolong rakan yang mungkin terlibat  dan aktif dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah.

c.       Ujian Urin  untuk mengesan pelajar terlibat dengan dadah

d.       Pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah termasuk Pertandingan mengarang Esei, Sajak, Melukis Poster, Deklamasi sajak, Dikir Barat, e-Ppda, Nasyid Anti dadah.

e.       Pertandingan Kuiz Pendidikan Pencegahan dadah

f.        Mesej Lima Minit Anti dadah

g.       Penyisipan Pendidikan Pencegahan Dadah melalui mata pelajaran seperti bahasa,

Sains, Agama/Moral , Kesihatan dan Jasmani.

h.       Ceramah Anti dadah Dan Pameran Anti Dadah

i.        Mewujudkan Bilik/Sudut/Lorong Sumber Anti Dadah

j.        Program Kecergasan Jauhi Dadah

2.       Program-program di sekolah melibatkan masyarakat  :

a.       Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah untuk Ibu bapa /PIBG

b.       Program Gaya Hidup Sihat dan Cergas

c.       Sukaneka di kawasan Berisiko Tinggi

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP DADAH

Terhadap penggunaan dadah, tidak terdapat hukuman atau larangan dari Al-Quran atau hadis Rasullulah (S.A.W).   Secara umum Al-Quran dan Hadis melarang setiap muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis menjadi dalil haramnya benda-benda yang memabukkan hanya dikhususkan kepada arak sahaja.  Oleh itu di dalam penetapan hokum, Jamhur Ulamak berpendapat Ijmak Ulamak dan Qias merupakan sumber yang ketiga dan keempat bagi menentukan sesuatu hukum.  Oleh kerana itu hokum dadah tidak dapat ditentukan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan Hadis tetapi ditentukan dari sumber yang keempat iaitu Al-Qias.

Ali Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah membuat fatwa berdasarkan beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan merbahayakan manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuk dalam kategori Hadis berikut :

Ertinya  :  “Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram”  (Hadis Bukhari dan Muslim)

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-syariah berkata :

“Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan hukum dengan had ke atas orang yang menggunakan sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum arak (sebat 40 kali rotan) , dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan kepada Allah (S.W.T) dan ingatan  sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah (S.W.T) dan Rasulnya (S.W.T) daripada arak pada lafaz dan maknanya.”

Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud :

“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu kepada kebinasaan .”

Manakala dalam surah An Nisa’ (ayat 29), Allah S.W.T berfirman :

”Janganlah kamu membunuh diri kerana sesungguhnya Allah S.W. T maha belas kasih kepada kamu.

Dari dalil-dalil di atas jelas bahawa dadah lebih bahaya dari arak.  Hukum menggunakan dadah dalam Islam ialah haram malahan lebih haram daripada arak.  Perbuatan ini amat dimurkai Allah dan dosanya amatlah besar.

 

PANDANGAN AGAMA LAIN TERHADAP DADAH

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TENTANG DADAH

Lebih kurang 2,500 tahun yang lampau, Mahaguru Gautama Buddha telah menyedari bahawa dadah adalah satu malapetaka dan bahaya yang tidak terhingga kepada manusia. Justeru itu, dalam Panca Sila iaitu merupakan lima peraturan yang penting dalam ajaran Buddha di mana ia haruslah dihayati dan diamalkan oleh setiap umat Budda. Panca Sila juga ialah asas pendidikan moral yang dapat memupuk keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat. Peraturan kelima dalam Panca Sila ialah mengelakkan daripada makanan dan minuman yang memabukkan dan menagihkan. Ini menjaga kesihatan akal dan selanjutnya menanam kesedaran tiap-tiap saat dan di mana-mana pun.

“ Everything in the form of liquor, such as arrack, toddy, or drug such as opium, bhang. Ganja that causes intoxication, com under the category of Sura and Meraya. It is said that in consideration of the fact first discovered by a hunter name Sura…….”

Selama 45 tahun Buddha telah menyebarkan agamanya telah menekankan.Dadah dan minuman yang memabukkan menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan yang waras.

“ Among  some  of  the  evil effect resulting from drinking in intoxicating liguors may be mentioned the following, namely; he  would be ignorant how to do a thing at the proper time, senseless, insane, proud, imprudent, indolent, mean, sensual, dilatory…”

Menurut Mahaguru Buddha lagi dalam Mangala Sutta bahawa untuk mencapai Rahmat seseorang itu hendaklah berpantang daripada mengambil benda-benda ini adalah suatu berkat, suatu kurnia dan suatu anugerah yang paling tinggi.

Dari sini jelaslah bahawa agama Buddha juga melarang umatnya mengambil dadah.

PANDANGAN AGAMA HINDU TENTANG DADAH

Mengikut kepercayaan Hindu, bahawa manusia adalah satu-satunya haiwan yang dapat menjangka akibat-akibat  hasil daripada tindakannya, sama ada melalui perbuatan, tuturkata dan pemikirannya. Inilah yang menjadi asas kepada Undang-undang Hindu Karma yang kerap disalahertikan sebagai satu-satu yang memusnahkan. Oleh yang demikian manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran mereka dengan kuasa luaran seperti dadah. Di dalam Dharma Hindu juga, setiap individu adalah dianggap mempraktikkan Dhrama ini. Tindakan-tindakan seseorang dikawal oleh Dharma atau sifat terpuji. Setiap tingkahlaku atau perbuatan yang salah, merbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain akan dikira adharmic di mana balasannya ialah orang lain.

Akhirnya penganut-penganut agama Hindu melarang dan membangkang keras, bukan sahaja terhadap penggunaan dadah tetapi juga narkotik dan minuman keras, kerana bahan ini mencemarkan jiwa dan tubuh badan manusia.

PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TENTANG DADAH

Setiap manusia di dunia ini memerlukan kesejahteraan dan ketenteraman, lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi berbagai-bagai masalah. Ada setengah mengambil dadah untuk melarikan diri dari segala masalah. Sejarah manusia membuktikan bahawa manusia telah tahu iaitu  hanya Tuhan sahaja satu-satunya sumber untuk mendapatkan ketenteraman yang pasti dan berkekalan. Manakala sumber lain hanya sementara sahaja.

Agama Kristian memainkan peranan untuk memberi nilai-nilai kerohanian, melupakan perbuatan yang lalu dan harapan untuk masa depan yang cerah. Agama Kristian percaya  bahawa Tuhan adalah Tuhan segala harapan. Ia akan memberi harapan untuk masa hadapan yang cerah kepada sesiapa sahaja walaupun mangsa dadah yang bertaubat dan yakin kepada dirinya sendiri.

 

BAGAIMANA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DADAH?

Dengan cara-cara seperti berikut :-

Memahami dan mengetahui bahaya dadah dan akibat penggunaan dadah – pengetahuan yang mendalam akan menghasilkan sikap negatif terhadap dadah dan seterusnya menjauhinya.

Menggunakan masa lapang dengan cara yang berfaedah seperti menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum, memperkembangkan minat dan hobi.

Bersikap positif terhadap masalah.

Mewujudkan komunikasi yang sihat.

Berhati-hati dalam pergaulan –  elak bergaul dengan kawan-kawan yang jahat.

Bersikap tegas dan mengatakan tidak terhadap sesuatu permintaan atau tawaran yang membahayakan.

Mendapatkan bantuan atau kaunseling untuk menyelsaikan masalah rumit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROSIDAR DADAH

TAJUK 5

AKIBAT PENAGIHAN DADAH KE ATAS DIRI

DAN KELUARGA

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan menjauhkan diri dari masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.

 

Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengasan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

 

Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan perceraian di antara ahli keluarga akan berlaku.

 

PROSIDAR DADAH

TAJUK 4

SEBAB-SEBAB PENGAMBILAN DADAH

Profil Penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi. Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka mengguna dadah ialah kerana :

 

(1)        Keseronokan;

(2)        Perasaan ingin tahu;

(3)        Pengaruh rakan sebaya;

(4)        Meningkatkan keseronokan seksual;

(5)        Secara tidak langsung selepas menerima rawatan perubatan;

(6)        Secara tidak sengaja; dan

(7)        Mengatasi tekanan jiwa.

 

PROSIDAR DADAH

TAJUK 3

PERBEZAAN ANTARA UBAT DAN DADAH

Ubat dan Dadah mempunyai perbezaan yang amat ketara di antara satu sama lain. Perbezaannya adalah seperti berikut :

BIL

UBAT

DADAH

1.

 

Ubat memberi manafaat seperti menyembuh dan merawat penyakit.

 

 

Dadah tidak bersifat sedemikian.

2.

 

Ubat tidak memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minima seperti pening kepala, panas badan dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila penngambilan ubat tersebut dihentikan.

 

 

Dadah akan memberi kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat yang berkekalan walupun pengambilan dan penggunaannya dihentikan.

3.

 

Ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda seseorang yang menggunakannya.

 

 

Semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda seseorang. Oleh itu, Dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982.

 

DADAH DAN CIRI-CIRINYA

TAJUK 2

DADAH DAN CIRI-CIRINYA

‘Dadah’ ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

 

(a)          Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat

(otak dan saraf tunjang)

(b)         Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya

adalah dilarang :

(c)          Diperolehi secara haram

(d)         Membawa kepada pengantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah; dan

(e)          Mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

 

PROSIDAR DADAH- MESEJ 5 MINIT DADAH

TAJUK  1

 APAKAH ITU DADAH ?

 

Istilah ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan. Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada ‘Drug’, perkataan ‘use’, ‘misuse’ atau ‘abuse’ perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan ‘drug’. Manakala dalam Bahasa Malaysia, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan. Ini bermakna perkataan ‘penyalahgunaan’ atau ‘salahguna’ tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah. Perkataan ‘dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan ‘penggunaan’ atau ‘penagihan’ adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

 

PROSIDAR DADAH

Penyertaan SKMJ dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah 2010. Tahun 2010 telah membuka lembaran baru bagi Pusat Sumber SKMJ apabila terlibat dalam penyediaan ruangan bagi Pendidikan Pencegahan Dadah 2010 yang bertemakan 1 Malaysia Membenteras Dadah. Pihak sekolah telah mengenalpasti kepentingan keterlibatan pihak sekolah dalam aktiviti ini bertujuan untuk menyedarkan murid-murid sekolah rendah lagi betapa bahayanya dadah dan kesedaran tentang bahaya dadah diterapkan dari awal bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Justeru itu, sejak dari awal rombakan yang mana Pusat Sumber Sekolah menjadi sumber ruangan yang dikenalpasti sebagai tempat yang paling strategik untuk dijadikan ruang pameran telah menjadi tumpuan para murid kerana di situlah mereka mula mengenali ertikata dadah sebenarnya bukan secara lisan sahaja. Mereka dapat melihat sendiri gambar-gambar yang dipamerkan kesan dan akibat serta jenis-jenis dadah yang merbahaya . Oleh yang demikian pujian haruslah diberikan kepada pihak yang menganjurkan pertandingan ini kerana objektifnya sudah pasti akan tercapai sekiranya anak-anak ini mempunyai kesedaran awal berkaitan dengan dadah. Harapan Negara untuk membina bangsa yang cemerlang tanpa dadah pasti akan tercapai dan secara langsung merungkai kemelut yang melanda Negara di mana dadah merupakan musuh nombor satu Negara kita . Catatan oleh:Penyelaras pss Pn Zainon bin HJ.Tahir STATISTIK/KES MURID MEROKOK SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA DALAM TEMPOH TIGA TAHUN

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide8Slide9Slide10Slide11