Archive for February 25th, 2013

PROGRAM MENTOR-MENTEE

MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT MURID-MURID TAHUN 6 YANG DIADAKAN PELANCARANNYA SECARA RASMI PADA 25 FEBRUARI 2013  BAGI PROGRAM MENTOR-MENTEE .PROGRAM TERSEBUT DILAKSANAKAN OLEH UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN SEMUA GURU SKMJ MEMPUNYAI ANAK ANGKAT YANG AKAN DIBIMBING OLEH MENTOR MEREKA. PROGRAM INI BERMULA DENGAN ATURCARA SIMBOLIK IAITU PENYERAHAN ANAK ANGKAT KEPADA GURU BESAR ENCIK SHARKAWI BIN ANUAR, PUAN ROHANAH BT HJ MUHAMMAD (PK PENTADBIRAN) ,PUAN NAIMAH BT MATARANG (PKHEM) DAN ENCIK AWANG BASUANDI BIN AWANG AHMAD ( PKKK)

This slideshow requires JavaScript.

TOKOH NILAM BAGI BULAN JANUARI 2013

UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH BAGI MURID-MURID YANG MENDAPAT ANUGERAH NILAM BULAN JANUARI 2013

TAHAP 1- SYAZRIL IZWAN BIN ABDUL RANI (2 BESTARI)

TAHAP 2-isabel eugenie ( 4 CEKAL)

DSCF0486 DSCF0487 DSCF0488 DSCF0489 DSCF0490 DSCF0491 DSCF0492 DSCF0493 DSCF0494 DSCF0495 DSCF0496 DSCF0497 DSCF0498 DSCF0499 DSCF0500 DSCF0502 DSCF0503 DSCF0504ISABEL EUGENIE ( 4 CEKAL)

MURID-MURID YANG MEMBACA LEBIH DARIPADA 50 BUAH BUKU JUGA DIBERIKAN HADIAH.SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.PENYAMPAIAN HADIAH DISEMPURNAKAN OLEH GURU BESAR, ENCIK SHARKAWI BIN ANNUAR.

UJIAN SEGAK UNTUK GURU-GURU PJK DAN PK

Diadakan pada 21 Februari 2013 di Dewan Legar SKMJ .Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru yang mengajar PJK dan PK berkaitan dengan Ujian SEGAK  yang berkaitan dengan ujian tahap kecergasan. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Yunus bin Sapuan.

This slideshow requires JavaScript.

NORSHADATUL AKMA BT MOHD NORDIN

TAZKIRAH

TAZKIRAH

ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

“Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)